Kelas ICT Bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2

02 Jun 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Jun 2018, telah diadakan Kelas ICT bersama tabika kEMAS di Bilik Latihan ICT, Pusat Ekonomi Digital Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pembelajaran kali ini adik-adik belajar mengenai bulan Puasa dan Hari Raya. Selain itu juga, adik-adik turut belajar melalui games online iaitu susunan puzzle perkataan dan juga gambar. Manfaat daripada ini, adik-adik dapat mempelajari dan mengenal objek melalui perkataan bahasa Inggeris.

Di Samping itu juga, adik-adik turut belajar mengenai bentuk seperti segi tiga, segi empat sama dan segi empat tepat melalui permainan origami Online. Selain Daripada itu, adik-adik juga bermain dengan permainan menyusun puzzle secara online. Dalam permainan ini, adik-adik dapat menguji kepekaan terhadap gambar dan nombor. Tak lupa juga aktiviti menyanyi dan menari bersama adik-adik yang memang menjadi aktiviti kegemaran mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali