Video Tutorial Menari Menyanyi & Pengenalan Kepada Microsoft Paint
10 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 9 Mac 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik sekolah rendah bagi tahun 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Sebelum memulakan pembelajaran, aktiviti “warm up” untuk adik-adik tahun 2 untuk melakukan “Panama Dance”. Aktiviti ini bagi menceriakan kelas ICT sebelum ke pembelajaran seterusnya.
Pada kali ini, adik- adik akan belajar melukis menggunakan aplikasi Paint. Sebelum adik-adik menunjukkan bakat dan kreativiti mereka, tenaga pengajar PI memberi penerangan mengenai aplikasi Paint dan cara-cara menggunakan aplikasi paint tersebut. Seterusnya, giliran adik-adik pula untuk mencuba melukis dan menggunakan kreativiti untuk menghasilkan lukisan seperti kek, rama-rama dan lukisan geometri menggunakan bentuk-bentuk yang terdapat dalam aplikasi paint.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: