Video Tutorial Senaman Minda Dan Pengenalan Kepada Ms. Powerpoint
14 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tahun 1 dan tahum 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Sebelum memulakan pembelajaran utama, adik-adik akan melakukan senaman minda. Pembelajaran utama adalah pengenalan kepada Microsoft Powerpoint merupakan sambungan kepada pembelajaran yang lepas.
Adik-adik membuat slide persembahan mengenai Jenis-Jenis Serangga. Di samping belajar cara-cara untuk memilih design, memilih layout, menukar tulisan dan memasukkan gambar, adik-adik turut belajar cara-cara mencari maklumat menggunakan google chrome untuk dimasukkan ke dalam slide persembahan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: