Video Tutorial Menari & Menyanyi Serta Online Colouring
03 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 02 Mac 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik Tahun 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Pembelajaran dimulakan dengan senamam minda. Adik-adik akan membuat senaman minda berdasarkan video tutorial senaman minda. Seterusnya, adik-adik melakukan aktiviti mewarna secara online.
Aktiviti ini memang menarik minat adik-adik untuk menonjolkan kreativiti masing-masing. Di samping itu, aktiviti ini dapat memperlihatkan kesungguhan adik-adik dalam menyiapkan tugasan mewarna secara online. Oleh kerana adik-adik bersungguh-sungguh, PI telah mencetak hasil kerja adik-adik selepas tamat waktu pembelajaran untuk adik-adik bawa pulang lukisan warna ke rumah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: