Kelas E-Usahawan (Online Shopping)

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2018, telah diadakan kelas : Kelas E-Usahawan mengenai Online Shopping bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini bertujuan untuk menarik minat komuniti untuk menjadi usahawan dengan membeli barang secara borong dan memberi peluang golongan surirumah dalam komuniti untuk menggunakan teknologi yang ada untuk membeli belah dalam talian.

Walaupun peserta yang hadir hanya seorang, PI tetap meneruskan kelas kerana semangat peserta yang hadir kelas yang dianjurkan oleh PI. Dalam pembelajaran kali ini,peserta dapat pengetahuan mengenai online shopping, bagaimana online shopping berlaku dan risiko-risikonya serta peserta diperkenalkn dengan website online shopping yang ada dalam talian.

Selain itu, peserta turut belajar cara-cara mendaftar dalam website online shopping. Peserta belajar juga cara-cara mencari produk, mencari maklumat, membaca komen mengenai produk yang hendak dibeli. Siapa kata online shopping tidak seronok? dengan adanya online shopping, dapat memupuk minat membaca, kerana pelanggan akan mencari maklumat yang lengkap mengenai produk sebelum membeli. Jom sertai kelas ICT di PI untuk memanfaatkan kemudahan ICT yang ada dan jadilah komuniti bijak IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali