Ulangkaji Microsoft Word Serta Senaman Minda & Origami Ikan
02 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tahun 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Seperti biasa, sebelum memulakan pembelajaran utama, adik-adik perlu melakukan senaman minda terlebih dahulu. Setelah selesai, ulangkaji Microsoft Word. Untuk sesi ulangkaji ini, adik-adik perlu memasukkan shape, smartart dan word art ke dalam dokumen word mereka.
Di samping itu, ulangkaji ini untuk menambah baik kemahiran ICT adik-adik menggunakan Microsoft word. Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan untuk adik-adik iaitu Origami Kertas bagi menghasilkan Ikan. Adik-adik akan menonton video toturial cara-cara membuat origami ikan sambil mengikut cara-cara dalam video tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: