Kelas E-Usahawan - Product Branding

22 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 21 September 2018, telah diadakan Kelas E-Usahawan bertajuk Produk Branding bertempat di Bilik Latihan ICT Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Kelas ini diadakan bagi membantu usahawan untuk mempromosikan perniagaan, menambah kemahiran ICT kepada usahawan dan membantu usahawan untuk memajukan perniagaan.

Pada kali ini Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 membantu usahwan yang ingin memasarkan produk makanan Frozen dan ingin belajar cara-cara membuat sticker bagi produk frozen. Di samping itu, usahawan juga belajar mengenal pasti maklumat atau butiran yang sesuai dan perlu ada pada sticker tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali