Program Komuniti - Tabung Haji Bergerak

23 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2018, berlangsungnya program Tabung Haji bergerak di perkarangan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3. Program ini melibatkan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3 dan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 bagi memastikan komuniti Felda Pasoh 2 dan komuniti Felda Pasoh 3 mengambil peluang berurusan dengan tabung haji bergerak bagi memudahkan urusan perbankan mereka.

Sambutan daripada komuniti yang hadir amat menggalakan terhadap Tabung Haji bergerak. Antara urusan yang boleh dilakukan adalah pembukaan akaun baru, membuat penama waris, pendaftaran haji melalui KWSP, membuat simpanan melalui pemotongan gaji, pengeluaran wang tunai dan kemaskini buku akaun. Tahniah kepada komuniti yang mengambil peluang untuk memudahkan urusan kewangan dengan berurusan dengan tabung haji bergerak di Perkarangan Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali