Program Bersama Tabika KEMAS : Pengenalan kepada Komputer, Video tutorial Menari & Menyanyi serta DIY Slime
03 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 Mac 2018, telah diadakan kelas ICT bersama adik-adik Tabika KEMAS Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 9.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas ICT bersama adik-adik tabika KEMAS bertujuan memberi pendedahan awal terhadap pembelajaran ICT dan memupuk minat adik-adik untuk belajar melalui ICT. Pembelajaran pertama adalah pengenalan kepada komputer yang mana adik-adik semua telah diperkenalkan dengan peralatan-peralatan komputer yang terdapat di dalam Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia.
Pembelajaran seterusnya, adik-adik akan belajar mengenai huruf melalui video nyanyian dan tarian. Di samping itu, adik- adik tabika telah dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk tujuan membuat DIY slime melalui video tutorial DIY. Aktiviti membuat slime in ini sangat menyeronokkan dan memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan. Tahniah adik-adik tabika KEMAS Pasoh 2 kerana semua kumpulan Berjaya membuat slime dan PI berharap adik-adik dapat merasai keseronokan semasa belajar ICT di PI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: