Tazkirah Ramadhan & Pengenalan kepada Microsoft Excel

20 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Mei 2018, telah diadakan Tazkirah Ramadhan & Pengenalan kepada Microsoft Excel bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Sebelum bermula pembelajaran utama, adik-adik belajar mengenai kelebihan bulan puasa melalui saluran youtube sambil mendengar penerangan daripada tenaga pengajar. Alhamdulillah ada yang mencatat info-info yang disampaikan dan diharapkan adik-adik mengamalkan perkara-perkara tersebut.

Di samping itu, adik-adik juga belajar cara-cara membuat peta minda untuk membuat nota dengan ringkas, mudah dan senang. Seterusnya, bermulanya pembelajaran pengenalan kepada Microsoft excel. Hari ini adik-adik belajar mengenai kegunaan excel dan cara-cara membuat jadual waktu menggunakan excel. Adik-adik juga turut diajar penggunaan short cut dalam excel. Sebelum kelas tamat, PI membuat untuk adik-adik mengenai apa yang telah dipelajari pada hari tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali