Tazkirah Ramadhan & Pengenalan kepada Microsoft Excel

21 Mei 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Mei 2018, telah diadakan kelas Tazkirah Ramadhan dan Pengenalan kepada Microsoft Excel bertempat di Bilik Latihan ICT, PI Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Kelas ICT kali ini, bersama dengan adik-adik darjah 5 dan darjah 6. Sebelum mulakan pelajaran, tenaga pengajar PI membuat perbincangan mengenai perkara yang boleh dilakukan sebelum berbuka puasa.

Di samping itu, turut menggunakan bahan bantuan video penerangan mengenai aktiviti yang boleh dilakukan semasa bulan Ramadhan melalui youtube. Seterusnya, pembelajaran mengenai Pengenalan Microsoft Excel. Kali ini adik-adik belajar cara-cara membuat jadual, memasukkan data, memasukan formula ke dalam data dan menggunakan Short Cut Excel. Sebelum tamat kelas adik-adik diberi latihan membuat jadual menggunakan Microsoft excel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali