Kelas E-Usahawan – Video Editing

25 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2018, telah diadakan Kelas E-Usahawan bertajuk Video Editing bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Kelas ini bertujuan membantu usahawan dari segi kemahiran terutamanya kemahiran ICT.

Kali ini Pusat Ekonomi Digital membantu usahawan membuat video bagi mempromosikan produk dan perniagaan yang diusahakan. Software yang digunakan untuk video editing adalah filmora. Usahawan juga belajar teknik-teknik editing bagi mencantikkan video promosi perniagaan usahawan tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali