Ulangkaji Microsoft Word & Word Search Puzzle
06 Februari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 5 Februari 2018, telah diadakan pembelajaran ICT untuk adik-adik tahun 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Seperti biasa, sebelum memulakan pembelajaran utama, adik-adik perlu melakukan senaman minda terlebih dahulu. Setelah selesai, ulangkaji Microsoft Word yang bertajuk keluarga saya. Untuk sesi ulangkaji ini, adik-adik dapat mempelajari cara-cara menggunakan shape, smartart dan wordart.
Di samping itu, ulangkaji ini mendorong adik-adik untuk menjadi kreatif bagi menghasilkan susun atur keluarga yang menarik pada dokumen Microsoft Word. Seterusnya, adik- adik bermain dengan word search puzzle dengan mencari perkataan-perkataan tersembunyi melalui kategori haiwan. Permainan word search puzzle adalah dalam Bahasa Inggeris. Di samping adik-adik boleh menguji kecekepan mencari perkataan adik-adik juga belajar perkataan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: