Video Tutorial Senaman Minda & DIY Slime
25 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mac 2018, telah diadakan pembelajaran E-Learning DIY Slime untuk adik-adik Tahun 3. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi . Pembelajaran dimulakan dengan senamam minda. Adik-adik akan membuat senaman minda berdasarkan video tutorial senaman minda.
Seterusnya, adik-adik akan membuat DIY Slime menggunakan bahan-bahan seperti gam, sabun dynamo, minyak zaitun, air dan warna air. Adik-adik akan membuat Slime sambil melihat cara-cara membuat slime di youtube. Alhamdulillah Slime adik-adik semua menjadi dan PI berharap adik-adik akan menggunakan Youtube sebagai salah satu rujukan kepada adik-adik untuk belajar perkara-perkara yang bermanfaat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: