Latihan Microsoft Word

15 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Julai 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Latihan Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kelas ICT kali ini bersama peserta tahun 1. Pembelajaran utama adalah mengenai Microsoft word. Sebelum memulakan pembelajaran, para peserta akan melakukan senanam minda. Pada kali ini, peserta belajar mengenai tanda baca seperti tanda seru, tanda soal, noktah,koma dan lain-lain. Para peserta belajar untuk menaip tanda baca tersebut menggunakan papan kekunci. Seterusnya, peserta perlu menaip karangan yang mempunyai tanda baca ke dalam microsoft word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali