Penilaian Bahasa Inggeris (Maxis E-Kelas)
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac 2019, telah berlangsungnya Penilaian e-kelas Bahasa Inggeris bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Penilaian ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Sesi penilaian Bahasa Inggeris ini untuk peserta tahun 6, tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Peserta diberi masa 40 minit untuk menjawab soalan karangan yang telah disediakan oleh pihak e-Kelas dan dipantau oleh staf Pusat Ekonomi Digital semasa sesi penilaian dijalankan di dalam kelas. Penilaian ini dibuat mengikut tingkatan, bagi melihat prestasi para peserta yang menyertai e-Kelas dan membolehkan guru menambah baik cara pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu juga, para peserta berpeluang memenangi hadiah menarik sekiranya memperoleh pencapaian terbaik dalam penilaian tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: