Kelas D.I.Y Frame Photo/Word

20 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Januari 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Do It Yourself (D.I.Y) Frame Photo/Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Berlangsungnya kelas D.I.Y bersama peserta tahun 5 dan tahun 6. Pada kali ini peserta membuat frame photo/word menggunakan kotak terpakai, pembalut lut sinar dan kertas warna.

Di samping itu juga, peserta belajar menggunakan internet untuk mencari kata-kata hikmah untuk diletakkan dalam frame yang mereka hasilkan. Para peserta bersungguh-sungguh menghasilkan frame dan menghias frame mereka. Semoga ilmu D.I.Y membantu peserta untuk menjadi lebih kreatif untuk masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali