Maxis E-Kelas (Bahasa Inggeris)
16 February 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Februari 2019, telah diadakan MAXIS E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. MAXIS live e-Kelas kini telah bermula di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Program ini merupakan inisiatif MAXIS untuk membantu pelajar luar bandar dengan memperkenalkan pembelajaran secara digital dan percuma kepada komuniti setempat dengan mendaftar di Portal E-Kelas, peserta boleh menyertai pembelajaran digital tersebut.
MAXIS live E-Kelas melibatkan pelajar tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pelajar yang terlibat dengan Live E-kelas akan belajar melalui web digital yang membolehkan Cikgu dari tempat lain berinteraksi dengan pelaja-pelajar di Pusat Ekonomi Digital . Menarik bukan? Pada adik-adik yang lain yang berminat dengan E-Kelas boleh mendaftar E-Kelas di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: