Maxis E-Kelas (Sains Dan Matematik)

17 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2019, telah diadakan MAXIS E-Kelas bagi subjek sains dan matematik bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. MAXIS Live E-Kelas Sains dan metematik tahun 6 dan tingkatan 1 pada sesi pagi iaitu bermula dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Manakala sesi petang pula pembelajaran untuk pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5 bermula dari 2.00 petang hingga 6.00 petang. MAXIS live e-Kelas kini telah bermula di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2.

Program ini merupakan inisiatif MAXIS untuk membantu pelajar luar bandar dengan memperkenalkan pembelajaran secara digital dan percuma kepada komuniti setempat dengan mendaftar di Portal E-Kelas, peserta boleh menyertai pembelajaran digital tersebut. Mata pelajaran yang ditawarkan oleh E-Kelas adalah subjek Bahasa Inggeris, sains dan matematik. MAXIS live E-Kelas melibatkan pelajar tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pada kali pelajar belajar menggunakan portal E-Kelas dan cara-cara untuk menghantar tugasan ke dalam portal E-Kelas masing-masing. Para pelajar telah diberi tugasan dalam kumpulan dan kerja kumpukan tersebut perlu dimasukkan ke dalam portal e-kelas masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali