Kursus Pengendalian Makanan

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 November 2019, telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan dengan kerjasama Ilmi Senergy Resources bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kursus ini diadakan bertujuan memudahkan para peniaga atau pengusaha makananan mendapatkan sijil Pengendalian makanan yang sah. Selain daripada itu, peserta juga belajar etika-etika pemakaian, perkara ang perlu dilakukan semasa menghidang makanan, perkara ang dilarang semasa menghidang makanan dan kebersihan semasa mengendalikan makanan.

Di Samping itu juga, Pusat Ekonomi Digital juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan maklumat berkaitan MYTV kepada peserta kursus. Di kesempatan ini, Pusat Ekonomi Digital Ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Amran Samsudin dan Puan Nur Nadiah binti Shahrom (tenaga pengajar) atas perkongsian ilmu bersama peserta kursus yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali