Kursus Pengendalian Makanan
8 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 7 Oktober 2019, telah diadakan Kursus Pengendalian Makanan Anjuran Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 bersama Ilmi Senergy Resources di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi kursus ini bermula dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kursus ini diadakan bertujuan memudahkan para peniaga atau pengusaha makananan mendapatkan sijil Pengendalian makanan yang sah.
Selain daripada itu kursus ini juga memudahkan usahawan dalam komuniti untuk mengambil bahagian dalam kursus ini. Di kesempatan ini, Pusat Ekonomi Digital Ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Amran Samsudin dan Cik Adlin Hani binti Abd Khalid sebagai tenaga pengajar dalam kursus ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: