Fun With Scratch (5 Perkara Tentang Diri)
5 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 Ogos 2019, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Fun With Scratch mengenai 5 Perkara Tentang Diri bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ICT ini bermula dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran kali ini bagi tahun 5 dan tahun 6. Pada kali ini peserta menyambung tugasan pada kelas yang lepas iaitu menceritakan 5 perkara tentang diri sendiri.
Peserta tahun 5 dan 6 melahirkan idea mereka untuk menceritakan mengenai diri sendiri menggunakan scratch. Seperti biasa penerangan dan cara-cara untuk membuat cerita tentang diri menggunakan scratch diberikan sebelum peserta memulakan pembelajaran mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: