Advokasi Di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2
19 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mei 2019, telah berlangsungnya Advokasi Gangguan Seksual Online bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi advokasi ini berlangsung dari 11.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Antara penerangan yang diberikan kepada peserta adalah mengenai maksud gangguan seksual online, bahagian privasi tubuh badan yang tidak boleh disentuh, contoh-contoh gangguan seksual dan cara membuat aduan sekira menjadi mangsa gangguan seksual secara online. Mudah-mudahan ilmu ini dapat membantu para peserta untuk menjaga keselamatan diri di alam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: