Pengenalan Kepada Scratch

15 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2019, telah berlangsungnya kelas ICT bertajuk Pengenalan Kepada Scratch bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas ICT kali ini untuk peserta tahun 5 dan tahun 6. Pada kali ini para peserta diberi pendedahan mengenai animasi Scratch.

Dalam pembelajaran ini, para peserta belajar untuk menggerakkan sprite ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan. Selain daripada itu, mereka belajar untuk memasukkan dialog pada sprite tersebut. Peserta juga mempelajari cara-cara untuk edit butiran sprite dan menukar latar belakang Sprite.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali