Pengenalan Kepada Scratch & D.I.Y Tanglung

4 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT Pengenalan Kepada Scratch dan Do It Yourself (D.I.Y) Tanglung sempena tahun Baru Cina bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kelas kali ini bersama peserta sekolah rendah iaitu tahun 5 dan tahun 6. Pembelajaran untuk sesi kelas ini adalah Pengenalan kepada Scratch iaitu salah satu software yang membolehkan pengguna menggerakan sesuatu animasi, membuat cerita dan mencipta permainan sendiri.

Para peserta berpeluang mencuba meneroka software tersebut. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti D.I.Y Tanglung sempena Sambutan Tahun Baru cina. Bahan-bahan yang digunakan adalah kertas warna, gam, gunting, pebaris dan tali. Dengan menggunakan youtube sebagai rujukan untuk menghasilkan tanglung, peserta berjaya menghasilkan tanglung yang kemas dan berwarna warni.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali