Latihan Microsoft Word (Kad Hari Ibu Dan Hari Guru)

12 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2019, telah berlangsungnya Kelas ICT bertajuk Latihan Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang. Sebelum sesi pembelajaran utama, para peserta akan menari dan menyanyi untuk sesi “Warm up” di dalam kelas.

Pembelajaran bagi tahun 1 pada kali ini, peserta belajar menggunakan Microsoft word untuk menghasilkan kad Hari Ibu dan Kad Hari Guru. Dalam topik Microsoft Word kali ini, peserta belajar menggunakan wordart dan memasukkan bentuk. Selain daripada itu, peserta belajar cara-cara mewarnakan tulisan dan memasukkan border untuk menghias kad Hari Ibu dan Hari Guru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali