Microsoft Powerpoint (Latihan Berkumpulan)
18 February 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2019, telah diadakan Kelas ICT “Microsoft Powerpoint” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pada kali ini kelas ICT bersama peserta tahun 3, tahun 4 dan tahun 5. Pada kali ini peserta diberi latihan dalam kumpulan iaitu membuat “slide Powerpoint” mengenai teka -teki. Sebelum memulakan seisi latihan, peserta diberi tunjuk ajar cara-cara menghasilkan slide teka teki menggunakan Microsoft Powerpoint.
Kemudian, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan perlu menyiapkan teka teki untuk kumpulan lain. Dalam masa yang sama, peserta belajar mencari maklumat dan gambar menggunakan internet. Setiap kumpulan akan dinilai dari segi persembahan Powerpoint yang menarik dan kerjasama dalam kumpulan. Tahniah kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan powerpoint Teka teki menarik pada sesi pembelajaran ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: