Kelas Usahawan (Hidangan Roti Jala & Popcorn)
12 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 November 2019, telah diadakan Kelas Usahawan membuat hidangan roti jala dan popcorn bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran kali ini berpandukan resipi mudah melalui youtube. Selain daripada itu, terdapat juga sesi penerangan dan demo masakan daripada Tenaga Pengajar Cikgu Ana dan Wan Salamiah untuk resepi roti jala dan popcorn dengan menggunakan barang Tupperware brands.
Semua peserta yang menyertai diberi cenderahati serta membawa pulang roti jala dan popcorn. Pusat Ekonomi Digital ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta serta terima kasih kepada tenaga pengajar yang berkongsi ilmu, semoga kelas usahawan ini bermanfaat buat semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: