Kelas ICT Bersama Tabika Kemas Felda Pasoh 2

22 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2019, telah berlangsungnya Kelas ICT bersama Tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pembelajaran kali ini, adik-adik tabika KEMAS belajar mengenai Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal.

Dalam topik ini adik-adik diterangkan mengenai suasana di bulan ramadhan, aktiviti semasa bulan Ramadhan dan perkara yang dilakukan semasa Hari Raya. Manakala aktiviti sampingan pula, adik-adik menari sambil menyanyi lagu raya beramai-ramai serta menyusun Puzzle Online. Aktiviti sampingan ini memberi keseronokan dan memupuk minat adik-adik untuk belajar ICT di Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali