Bengkel Asas Videografi Smartphone

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2019, telah diadakan bertajuk Bengkel Asas Videografi Smartphone bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Bengkel ini bermula dari jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Bengkel ini merupakan anjuran Pusat Ekonomi Digital dan penyertaan adalah terbuka kepada komuniti yang berminat untuk menambah kemahiran membuat video menggunakan smartphone.

Pada permulaan peserta diberi penerangan mengenai teknik-teknik merakam video. Di samping itu, peserta juga mengenalpasti fungsi-fungsi camera smartphone untuk merakam video yang berkualiti. Peserta juga diberi masa untuk merakam video menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajar di pesekitaran luar dan dalam Pusat Ekonomi Digital .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali