LIVE E-KELAS (MATEMATIK DAN SAINS)

24 February 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Februari 2019, telah diadakan MAXIS E-Kelas bagi subjek sains dan matematik bertempat di Pusat Internet Felda Pasoh 2. MAXIS Live E-Kelas Sains dan metematik tahun 6 dan tingkatan 1 pada sesi pagi iaitu bermula dari 10.00 pagi hingga 1.00 petang. Manakala sesi petang pula pembelajaran untuk pelajar tingkatan 2 hingga tingkatan 5 bermula dari 2.00 petang hingga 6.00 petang.

MAXIS live e-Kelas kini telah bermula di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2 dan program ini merupakan inisiatif MAXIS untuk membantu pelajar luar bandar dengan memperkenalkan pembelajaran digital secara percuma kepada komuniti setempat dengan mendaftar di Portal E-Kelas, peserta boleh menyertai pembelajaran digital tersebut.
Pada kali ini, pelajar belajar menggunakan portal E-Kelas melalui bimbingan cikgu masing-masing. Di samping itu, peserta belajar cara-cara untuk menghantar tugasan ke dalam portal E-Kelas masing-masing. Para pelajar telah diberi tugasan dalam kumpulan dan kerja kumpulan tersebut perlu dimasukkan ke dalam portal e-kelas masing-masing. Bagi subjek matematik, peserta perlu muat naik gambar jalan penyelesaian  soalan matematik. Bagi matapelajaran sains, peserta perlu menyiapkan reptika sel haiwan dan tumbuh-tumbuhan menggunakan tanah liat dan menghantar gambar hasil kerja ke dalam portal E-Kelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali