MAXIS E-KELAS (BAHASA INGGERIS)
23 February 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 Februari 2019, telah diadakan MAXIS E-Kelas bagi subjek Bahasa Inggeris bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 6.00 petang.
Program e-Kelas ini merupakan inisiatif MAXIS untuk membantu pelajar luar bandar dengan memperkenalkan pembelajaran digital secara percuma kepada komuniti setempat dengan mendaftar di Portal E-Kelas, peserta boleh menyertai pembelajaran digital tersebut. MAXIS live E-Kelas melibatkan pelajar tahun 6 dan tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Pelajar yang terlibat dengan Live E-kelas akan belajar melalui web digital yang membolehkan Cikgu dari tempat lain berinteraksi dengan pelajar-pelajar di Pusat Ekonomi Digital . Pembelajaran Bahasa Inggeris kali ini para peserta belajar teknik-teknik penceritaan Bahasa Inggeris.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: