How To Manage Facebook Page (Shop)

6 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Oktober 2020, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “How to Manage shop on Facebook Page” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.00 petang hingga 5:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama salah seorang usahawan di bawah bimbingan Pusat Ekonomi Digital . Usahawan berminat untuk menambah baik Facebook Page perniagaan beliau dengan memasukkan produk-produk yang di jual ke dalam Facebook Page’s Shop. Staf Pusat Ekonomi Digital membantu usahawan dengan memberi garis panduan dan cara-cara untuk memasukkan maklumat produk, iklan mengenai produk serta gambar produk ke dalam shop tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali