Laporan Bergambar (Microsoft Word)

19 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2020, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Laporan Bergambar Menggunakan Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga 11:30 pagi.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Menengah. Pada kali ini peserta perlu menyiapkan tugasan Sekolah iaitu laporan bergambar menggunakan Microsoft word. Peserta perlu membuat laporan dari artikel di internet. Staf Pusat Ekonomi Digital membantu memberi tunjuk ajar cara mencari artikel dan gambar menggunakan google chrome untuk dimasukkan ke dalam Microsoft word. Selain daripada itu, peserta juga belajar untuk mencantikkan perenggan artikel tersebut dengan megubah tulisan, justifikasi teks, saiz tulisan dan menyusun gambar dengan saiz da ukuran yang sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali