Laporan Bergambar (Microsoft Word)
4 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 3 Disember 2020, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Laporan Bergambar Menggunaan Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:30 petang hingga 3:00 petang.
Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Menengah. Pada kali ini peserta perlu menyiapkan tugasan Sekolah iaitu laporan bergambar menggunakan Microsoft word. Peserta perlu membuat laporan dari artikel di internet. Staf Pusat Ekonomi Digital membantu memberi tunjuk ajar cara mencari artikel untuk dimasukkan ke dalam Microsoft word. Pada masa yang sama, peserta belajar cara untuk menyusun gambar menjadi saiz yang sama serta mengedit gambar dengan cara menghilangkan latar belakang gambar tersebut. Selain daripada itu, peserta juga belajar untuk mencantikkan perenggan artikel tersebut dengan megubah tulisan, justifikasi teks dan saiz tulisan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: