Laporan Bergambar (Microsoft Word)

6 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 November 2020, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Laporan Bergambar Menggunaan Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:30 petang hingga 5:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Menengah. Pada kali ini peserta perlu menyiapkan tugasan Sekolah iaitu laporan bergambar menggunakan Microsoft word. Peserta perlu membuat laporan dari artikel di internet. Sataf Pusat Ekonomi Digital membantu memberi tunjuk ajar cara mencari artikel untuk dimasukkan ke dalam Microsoft word. Selain daripada itu, peserta juga belajar untuk mencantikkan perenggan artikel tersebut dengan megubah tulisan, justifikasi teks dan saiz tulisan. Selain itu, peserta juga belajar cara mencari gambar dan memasukkan gambar dalam laporan tersebut.

Peserta belajar cara untuk menyusun gambar menjadi saiz yang sama serta mengedit gambar dengan cara menghilangkan latar belakang gambar tersebut.Di samping itu, peserta belajar memasukkan muka surat baru dan menyimpan dokumen Microsoft word ke dalam komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali