Kemaskini Maklumat Perniagaan PeDAS

7 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Disember 2020, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Kemaskini Maklumat Peniagaan PeDAS” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10:00 pagi hingga 10:30 pagi.

Pembelajaran kali ini ialah bersama salah seorang peserta Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Peserta mengemaskini pendapatan perniagaan melalui sistem go-eCommerce di atas talian. Dengan adanya sistem go- eCommerce ini, peserta dapat merekod pendapatan perniagaan setiap bulan dengan lebih terperinci. Staf Pusat Ekonomi Digital membantu usahawan dengan menunjukkan cara-cara untuk merekod perniagaan ke dalam sistem dan cara untuk menyemak rekod yang telah di simpan ke dalam sistem.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali