KDB Talk Dan Kuiz - Anonimiti

16 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Mac 2020, telah diadakan Taklimat Advokasi Pelajar Sekolah, bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi taklimat ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga 1.00 petang. Sebelum memulakan sesi taklimat, para peserta melakukan aktiviti senaman minda. Taklimat advokasi kali ini adalah bertajuk Anonimiti.

Para peserta diberi penerangan mengenai maksud anonimiti, mengapa individu memilih identiti anonimiti diri, bagaimana cara untuk mengesan individu yang menggunakan identity anonimiti dan kesan posiitf dan negatif anonimiti. Di samping itu, peserta juga diberi kuiz mengenai topik tersebut bagi menguji kefahaman terhadap anonimiti, peserta yang Berjaya menjawab soalan dengan tepat diberi hadiah. Selain daripada itu, terdapat juga tayangan movie “Sonic The Hedgehog” bagi memberi ganjaran kepada para peserta yang hadir untuk mendengar taklimat Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali