Assignment of Science Computer Subject

9 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 08 Julai 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Assignment of Subject Science Computer” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama adik adam pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah di Kelantan yang pulang bercuti di kampung. Peserta mempelajari pembangunan Algoritma (search and sort).

Mengenal pasti ciri-ciri search (linear, binary) dan sort (bubble, bucket). Selain itu, peserta juga menulis pseudokod dan melukis carta alir yang menunjukkan linear search dan binary search. Tambahan lagi, peserta mengesan dan membaiki ralat dalam pseudokod dan melukis carta alir bagi penyelisaian masalah yang melibatkan search dan sort dan menghasilkan algoritma search dan sort melalui pengecaman corak. Peserta mudah menyiapkan tugasan yang diberikan atas bimbingan staff Pusat Ekonomi Digital yang bertugas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali