Facebook Page Using Smartphone (Part 1)

5 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Facebook Page Using Smartphone (Part 1)” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:30 petang hingga 3:00 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama seorang komuniti Felda Pasoh 2 dan merupakan seorang usahawan PI Pasoh 2 iaitu Puan marlinawati yang ingin belajar cara-cara membuat Facebook Page. Terutama sekali peserta perlulah mempunyai akaun Facebook terlebih dahulu.

Facebook Page adalah seperti kedai jualan di tangan yang mudah digunakan untuk menjual pelbagai produk perniagaan di Facebook secara online. Facebook Page adalah pusat rujukan perniagaan kepada pelanggan untuk sebarang urusan perniagaan dengan pelbagai fungsi pemasaran dan bilangan pelanggan tanpa had. Facebook Page sememangnya di reka sesuai untuk perniagaan online di Facebook secara percuma atau boleh secara berbayar melalui Facebook ads. Disini banyak manfaat yang boleh didapati oleh peserta untuk di praktikkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali