Introduction to Scratch

2 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 01 Mac 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Introduction to Scratch” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 5 dan tahun 6. Pada kali ini, peserta belajar mengenai Scratch.

Sebelum memulakan aktiviti, para peserta diberi penerangan mengenai apa itu scratch, fungsi-fungsi tools yang terdapat dalam aplikasi scratch, fungsi-fungsi toolbar yang terdapat melalui aplikasi scratch dan cara untuk menukar “sprite” serta gambar latar belakang. Peserta melakukan aktiviti pertama bermula dengan menggerakkan “sprite” mengikut pentunjuk tetikus. Tahniah kepada para peserta kerana berjaya menyiapkan aktiviti Scratch yang pertama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali