Kelas ICT Bersama Tabika KEMAS

18 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Januari 2020, telah diadakan Kelas ICT bersama tabika KEMAS Felda Pasoh 2 bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Kelas bersama tabika KEMAS merupakan kelas ICT pertama bagi tahun 2020 bersama adik-dik berumur 5 tahun dan 6 tahun.

Antara topik-topik pembelajaran yang dipelajari adalah mengenai peralatan komputer seperti papan kekunci, tetikus dan monitor. Selain daripada itu, belajar megenai huruf dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Di samping itu, terdapat aktiviti menari dan menyanyi bersama adik-adik tabika KEMAS.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali