Facebook Page Dan Photoshot Product
25 September 2020 | Aktiviti TerkiniPada 24 September 2020, telah diadakan Kelas Keusahwanan bertajuk “Facebook Page Dan Photoshot Product” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pembelajaran kali ini bersama usahawan yang mengikuti Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS).
Pada kali ini usahawan belajar cara – cara untuk mencipta Facebook page untuk produk perniagaan. Di samping itu, usahawan juga perlu mencantikkan facebook page dengan info-info menarik mengenai produk dan posting mengenai produk perniagaan. Selain daripada itu, usahawan juga belajar mengambil gambar photoshoot product menggunakan mini studio.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: