Story Telling Presentation (Microsoft Powerpoint - Part 2)
9 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Story Telling Presentation by Microsoft Powerpoint” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Pembelajaran kali ini bersama pelajar tahun 3 dan tahun 4. Seperti biasa sebelum memulakan pembelajran utama, para peserta melakukan senaman minda.
Pembelajaran kali ini, peserta akan memasukkan jalan cerita ke dalam microsoft powerpoint. Setiap “slide powerpoint”, satu perenggan jalan cerita yang perlu peserta susun dalam “Slide” tersebut. Selain daripada itu, peserta juga akan memasukkan gambar berdasarkan cerita untuk setiap perenggan. Peserta juga belajar edit gambar bagi menampakkan gambar tersebut lebih kemas dan cantik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: