Pengenalan Kepada Microsoft Word

7 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 06 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk “Pengenalan Kepada Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 4:30 petang. Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta tahun 6 daripada Sekolah Rendah Felda Pasoh 2. Pada kali ini para peserta perlu menyiapkan tugasan Sekolah menggunakan Microsoft word.

Peserta perlu mencari maklumat dan gambar untuk dimasukkan ke dalam Microsoft word. Peserta belajar cara untuk menyusun gambar menjadi saiz yang sama, memasukkan muka surat baru dan menyimpan dokumen Microsoft word ke dalam komputer. Di samping itu, peserta juga belajar cara-cara untuk menghantar dokumen tersebut melalui emel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali