How To Create Meeting Using Zoom Application

17 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2020, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “How To Create Meeting Using Zoom Application” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 11:00 pagi hingga 11:30 pagi. Pembelajaran kali ini ialah bersama usahawan Pusat Ekonomi Digital . Pada kali ini usahawan belajar cara untuk “host a meeting” menggunakan aplikasi zoom.

Staf Pusat Ekonomi Digital membantu dari segi memberi garis panduan dari permulaan dengan muat naik aplikasi Zoom dan sign in akaun Zoom bagi memudahkan urusan penjadualan zoom meeting. Di samping itu, usahawan juga perlu melengkapkan tajuk meeting, masa, hari dan jenis audio untuk melengkapkan penjadualan Zoom meeting tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali