Camscanner Application for Student

14 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Camscanner Application for Student” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Rendah. Semua sedia maklum, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelajar sekolah belajar dari rumah menggunakan internet. Di samping itu juga, mereka perlu menghantar kerja sekolah melalui aplikasi WhatsApps. Bagi memudahkan pelajar menghantar kerja sekolah dengan lebih mudah dan teratur, staf Pusat Ekonomi Digital menggalakkan pelajar untuk muat naik aplikasi camscanner pada smartphone pelajar. Hal ini bagi memudahkan pelajar menghantar kerja sekolah dan guru dapat menyemak kerja sekolah mereka dengan lebih jelas kerana aplikasi ini berfungsi sebagai scanner dan boleh di simpan dalam bentuk PDF atau JPEG. Ini memudahkan pelajar, untuk scan kerja sekolah yang sudah siap kepada guru mereka melalui aplikasi WhatsApps.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali