Registration Online Banking
10 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPada 9 Januari 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Registration Online Banking” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.
Pembelajaran kali ini bersama salah seorang usahawan dalam komuniti yang ingin mendaftar BSN Online Banking bagi mempermudahkan urusan perniagaan beliau. Staf Pusat Ekonomi Digital mengajar cara-cara mendaftar secara online dan memberi garis panduan kepada peserta untuk mecipta kata laluan yang selamat. Di samping itu juga, staf Pusat Ekonomi Digital turut memberi penerangan mengenai penjagaan maklumat peribadi dan maklumat nombor kad ATM terhadap panggilan daripada orang yang tidak dikenali atau scammer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: