Laporan Bergambar (Microsoft Word)

8 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “Laporan Bergambar Menggunakan Microsoft Word” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:30 petang hingga 5.30 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama puan Haslina yang ingin membuat laporan bergambar menggunakan Microsoft word. Beliau memohon bantuan staf Pusat Ekonomi Digital memberi tunjuk ajar cara memindahkan gambar dari telefon ke komputer. Staf Pusat Ekonomi Digital membantu beliau memindahkan gambar menggunakan “WhatsApp Website” dan memberi tunjuk ajar cara memasukkan gambar ke dalam Microsoft word. Di samping itu juga, staf Pusat Ekonomi Digital juga memberi garis panduan untuk mengusun dan mengecilkan gambar mengikut ukuran yang betul untuk menjadikan gambar tersebut tersusun kemas di dalam dokumen tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali