How To Send Assignment Via Email

17 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Februari 2021, telah diadakan sesi pembelajaran bertajuk “How to Send Assignment Via Email” bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama peserta Sekolah Rendah. Semua sedia maklum, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pelajar sekolah belajar dari rumah menggunakan internet. Di samping itu juga, mereka perlu menghantar kerja sekolah melalui email. Staf Pusat Ekonomi Digital memberi garis panduan cara menghantar emel, cara untuk “attach” dokumen serta ayat formal kepada penghantar emel. Moga dengan sesi pembelajaran ini peserta akan lebih faham dengan penggunaan emel.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali